Saturday, August 1, 2009

Pelajar istimewa dilatih sertai tujuh acara myMetro


PUSAT Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) menghimpunkan 62 pelajar pendidikan khas seluruh Kedah untuk melatih mereka menyertai pertandingan pendidikan khas peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada 22 Jun ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.Latihan diadakan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 itu memberi tumpuan dalam tujuh acara dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, azan Subuh, nasyid, bercerita, menulis khat dan merumikan jawi. Pelajar pendidikan khas yang bermasalah dari segi pembelajaran, penglihatan dan pendengaran itu dibahagikan kepada dua kategori sekolah menengah dan rendah iaitu pelajar bawah 14 tahun dan 19 tahun. Program empat hari berakhir 5 Jun itu anjuran Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelbagai acara sebagai persediaan untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Penyelia Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kedah, Junaida Yusoff, berkata pemilihan pelajar yang mengikuti latihan itu membabitkan pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini.

~Dunia Pndidikan Khas/ dileksia~

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

kepentingan facebook dalam pendidikan khas

~dapat mencari maklumat yang baru tentang pendidikan khas,disamping berkongsi maklumat tentang kos tersebut dengan rakan yang lain.sama ada rakan dari luar atau dalam negara.

~dapat mencari pandangan orang atau masyarakat tentang kos pendidikan khas yang mana dapat mengkaji pemikiran orang tentang kos ini.

~dapat mencari pengalaman dengan rakan yang lain tentang kehidupan sebagai guru pendidikan dan cabaran yang harus ditempuh oleh seorang guru tersebut.

~dapat mencari cara-cara untuk berdepan dengan golongan khas disamping menolong mereka dalam pembelajaran agar mereka berjaya dalam hidup mereka.

~dapat mencari blog atau portal tentang kos pendidikan khas bagi menambahkan lagi pengetahuan kita tentang kos pendidikan khas.





.

~