Tuesday, November 3, 2009

~~nota yang saya pelajari iaitu ssps~~

  • Assalamualaikum ini adalah nota yang terakhir yang saya pelajari dalam kursus komputer dalam pendidikan yang diajar oleh Dr. Siti Fatimah.Ssps adalah salah satu perkara yang rumit bagi saya untuk belajar cara mempelajarinya kerana ia memerlukan kesabaran dan pemerhatian yang sangat tinggi daripada kita.Ssps ini digunakan untuk menganalisis data sesuatu kaji selidik yang kita jalankan.Ia juga memudahkan kita untuk mengira sesuatu data dan mempercepatkan kerja kita.oleh itu,ssps ini banyak kegunaan kepada kita apabila kita memasuki alam pekerjaan nanti.Terdapat beberapa cara untuk mempelajari ssps ini.Cara yang pertama adalah kita haruslah mengisi dalam setiap kotak apabila kita membuka ssps.Sebagai contoh kita telah mengedarkan soalan kaji selidik dan selepas itu kita mahu mengira data tersebut dalam ssps.Oleh itu,kita haruslah mengisi maklumat yang ada dalam soalan kaji selidik tersebut di setiap kotak yang disediakan itu.Sebagai contoh,dalam kotak tersebut ada name, type, label, value dan sebagainya.dalam kotak name itu kita harus meletakkan perkara utama dahulu.Sebagai contoh dalam soalan kaji tersebut terdapat jantina , umur pekerjaan dan sebagainya.Oleh itu, kita haruslah meletakkan perkara diatas dalam setiap kotak.Manakala di kotak yang terdapat label pula kita harus meletakkkan soalan yang terdapat di dalam kaji selidik tersebut.Seterusnya pada kotak value pula kita letakkan jawapan yang terdapat dalam kaji selidik tersebut.Sebagai contoh,sangat tidak setuju, setuju dan seterusnya.setelah peringkat ini sudah selesai kita pergi ke data view pula iaitu cara yang terakhir dalam proses mengira data ini.dalam setiap kotak telah tersedia maklumat yang kita telah isi dalam peringkat yang pertama itu.Kita hanya meletakkan nombor atau kod yang terdapat dalam setiap jawapan di dalam kaji selidik tersebut.Sebagai contoh dalam jantina terdapat perempuan dan lelaki.Oleh itu kita harus meletakkan kod nombor bagi jantina tersebut seperti 1 untuk perempuan dan 2 untuk lelaki.Perkara yang sama juga dilakukan pada setiap maklumat yang terdapat dalam kotak tersebut.Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan dalam menganalisis sesuatu data.Setelah selesai mengisi maklumat tersebut kita melihat perbezaan jawapan dalam bentuk graf.Oleh itu, kita teka pada graphs dan kita ambil bar.Selepas itu kita tekan define dan kita boleh memilih apa yang kita mahu di graf kan.Setelah kita memilih maklumat tersebut kita harus tekan yang ada tanda<>

Wednesday, October 7, 2009

nota yang dipelajari oleh saya

Hari ini saya telah diajar bagaimana untuk menyusun data pelajar iaitu dengan menggunakan microsoft access.Mempelajari microsoft ini memerlukan kesabaran kerana apabila berlaku kesilapan kita perlu mengulangnya semula.cara-cara untuk membuat data pelajar adalah mula -mula kita masuk dalam microsoft access.selepas itu tekan blank database dan letakkan nama anda pada file name dan tekan create.selapas kita tekan create disitu terdapat table 1.disitu kita clik button kanan dan ambik save.Disitu kita letakkan nama sebagai maklumat perbadi pelajar dan clik button kanan lagi dan tekan design view.selepas itu dekat field name kita letakkan nombor pelajar, nama pelajar, jantina tarikh lahir, tempat lahir, dan seterusnya yang berkaitan dengan pelajar.Selepas siap yang maklumat pelajar ini, untuk membuat satu lagi table kita tekan table design dekat home.Macam biasa kita clik table dan kita clik save dan letakkan nama kokurikulum dan tekan button kanan tekan design view.Lepas 2 kita pergi dekat database tools bagi mengaitkan antara maklumat tersebut tang disebut relationships.
selepas siap langkah pertama kita pergi ke langkah yang kedua iaitu cara membuat borang.Mula-mula kita tekan form ambik more forms dan clik form wizard.kalau kita hendak pindahkan maklumat tersebut ke bahagian kanan kita tekan >> jikalau kita mahu ambik satu maklumat sahaja untuk dipindahkan dibahagian kanan kita hanya tekan simbol <>Selepas itu tekan next, tekan justified dan tekan next.
Langkah yang terakhir adalah membuar report.kita pergi ke repotr wizard dan ambil query design.selepas siap isi maklumat itu kita pergi dekat field dan tekan button kanan dan ambik builder lepas itu tekan run dan save dan pergi report bagi melihat berapa orang pelajar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti.

nota yang dipelajari oleh saya

Nota yang saya pelajari adalah microsof excel.Saya telah diajar oleh Dr.Siti bagaimana untuk membuat jadual pemarkahan bagi seorang guru terhadap anak murid mereka.Dalam membuat jadual pemarkahan pelajar ini saya telah diajar satu demi satu cara untuk mengira jadual pemarkahan tersebut.Cara yang pertama adalah disetiap petak kita letakkan apa yang ingin kita letak dalam jadual tersebut.sebagai contoh skema , gred ataupun markah.Selepas itu siap buat dibahagian petak tersebut.dibawahnya diletakkan nama pelajar, subjek yang mereka belajar serta markah bagi setiap subjek mereka.Selepas siap dibahagian bawah ini, kita clik dekat insert dan clik graf apa yang kita mahukan bagi membezakan antara subjek yang paling tinggi dengan subjek yang paling rendah.Dengan pembejaran ini saya dapat tahu cara bagaimana untuk mengira jumlah pemarkahan pelajar dan pada masa hadapan dapat membantu saya mengira jadual pemarkahan pelajar saya nanti.

Saturday, August 1, 2009

Pelajar istimewa dilatih sertai tujuh acara myMetro


PUSAT Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) menghimpunkan 62 pelajar pendidikan khas seluruh Kedah untuk melatih mereka menyertai pertandingan pendidikan khas peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada 22 Jun ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.Latihan diadakan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 itu memberi tumpuan dalam tujuh acara dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, azan Subuh, nasyid, bercerita, menulis khat dan merumikan jawi. Pelajar pendidikan khas yang bermasalah dari segi pembelajaran, penglihatan dan pendengaran itu dibahagikan kepada dua kategori sekolah menengah dan rendah iaitu pelajar bawah 14 tahun dan 19 tahun. Program empat hari berakhir 5 Jun itu anjuran Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelbagai acara sebagai persediaan untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Penyelia Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kedah, Junaida Yusoff, berkata pemilihan pelajar yang mengikuti latihan itu membabitkan pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini.

~Dunia Pndidikan Khas/ dileksia~

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.
Mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

kepentingan facebook dalam pendidikan khas

~dapat mencari maklumat yang baru tentang pendidikan khas,disamping berkongsi maklumat tentang kos tersebut dengan rakan yang lain.sama ada rakan dari luar atau dalam negara.

~dapat mencari pandangan orang atau masyarakat tentang kos pendidikan khas yang mana dapat mengkaji pemikiran orang tentang kos ini.

~dapat mencari pengalaman dengan rakan yang lain tentang kehidupan sebagai guru pendidikan dan cabaran yang harus ditempuh oleh seorang guru tersebut.

~dapat mencari cara-cara untuk berdepan dengan golongan khas disamping menolong mereka dalam pembelajaran agar mereka berjaya dalam hidup mereka.

~dapat mencari blog atau portal tentang kos pendidikan khas bagi menambahkan lagi pengetahuan kita tentang kos pendidikan khas.





.

~